Facebook Twitter Google+

Ikan Lidah terdiri dari famili Cynoglossidae. Spesies yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah :

​i) Ikan Lidah Sisik Besar (Cynoglossus arel)

ii) Ikan Lidah Panjang (Cynoglossus lingua)

iii) Ikan Lidah Pasir (Cynoglossus bilineatus)


Ikan Lidah termasuk dalam famili  CYNOGLOSSIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-

​Nama sainstifik : Cynoglossus arel
Nama Inggeris : Largescale tongueole
Nama tempatan yang sah : Lidah sisik besar
​Nama tempatan lain :  Lidah, Sebelah

Nama sainstifik : Cynoglossus lingua
Nama Inggeris : Long tongueole
Nama tempatan yang sah : Lidah panjang
​Nama tempatan lain :  Lidah, Lidah pasir

Nama sainstifik : Cynoglossus bilineatus
Nama Inggeris : Fourlined tongueole
Nama tempatan yang sah : Lidah pasir
​Nama tempatan lain :  Lidah, Lidah-lidah

Nama sainstifik : Cynoglossus punticeps
Nama Inggeris : Speckled tongueole
Nama tempatan yang sah : Lidah corak
​Nama tempatan lain :  Lidah, Lidah-lidah

Habitat :Demersal

Lokaliti : Perairan pantai yang cetek sehingga kedalaman 70 meter

Saiz : 20 - 40 sm panjang keseluruhan​

Tangkapan : Menggunakan, Trawler

Purata pendaratan ikan lidah adalah 2,000 t.m – 3,000 t.m/tahun.


Baca Selanjutnya...