UBI keladi dengan nama saintifik Colocasia esculenta dari keluarga Araceae merupakan tanaman tropika dan dipercayai berasal dari kawasan lembah di Malaysia dan ditanam di India pada 5000 tahun sebelum Masehi sebelum dibawa ke Mesir. Pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar. Di negara seperti Fiji, ubi keladi dijadikan sumber makanan utama. Keladi tidak boleh dimakan mentah dan dianggap beracun kerana kandungan calcium oxalate di dalamnya. Ia selamat untuk dimakan setelah direbus atau direndam dalam air semalaman. Di Malaysia ubi keladi dijadikan makanan manusia dan ternakan.
Jenis-jenis keladi
Terdapat lebih daripada 35 kultivar keladi yang berbeza dan umumnya keladi dibahagi kepada dua kumpulan utama iaitu:
1) Keladi jenis eddoe iaitu ubinya kecil dan dikelilingi oleh ubi-ubi sisi yang sempurna bentuknya dikenali sebagai Colocasia esculenta var. antiquorum.
2) Keladi jenis dasheen iaitu keladi yang mempunyai ubi yang besar dan terdapat kelompok ubi sisi yang kecil dipanggil Colocasia esculenta var. esculenta.
Keperluan tanaman keladi
- Ubi keladi boleh hidup dalam julat suhu 270 – 300C.
- Taburan hujan melebihi 100 sm/tahun.
- Ubi keladi sesuai pada tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dan juga tanah gambut.
- pH tanah yang sesuai adalah 4.5 hingga 7
Penanaman
Penyediaan tanah
- Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik-balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur.
- Jika tanah terlalu berasid, pengapuran perlu untuk menaikkan pH.
- Keladi boleh ditanam sama ada di atas batas atau tanpa batas.
Baca Selanjutnya...