​​Alu-alu juga dikenali sebagai barakuda, adalah ikan yang mempunyai bentuk badan memanjang dengan saiznya yang besar, mulut yang menakutkan dan berkelakuan ganas. Alu-alu adalah ikan air masin dari genus Sphyraena, dan biasa dijumpai berhampiran dengan bahagian atas air dan berhampiran dengan terumbu karang dan rumput laut.

Sesetengah spesies membesar sehingga 65 inci atau 165 cm panjang, seperti Sphyraena sphyraena, yang terdapat di Laut Mediterranean dan Atlantik timur; dan Sphyraena picudilla, yang terletak di pantai Atlantik dari Amerika tropika dari North Carolina ke Brazil dan mencapai Bermuda.​

Ikan Alu-alu juga dikenali dengan tempatan lain sebagai ikan Barracuda dan Kacang-kacang  termasuk dalam Famili SPHYRAENIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-

Nama sainstifik : Sphyraena barracuda

Nama Inggeris : Great barracuda

Nama tempatan yang sah : Alu-alu besar

​Nama tempatan lain :  Alu-alu, Kacang-kacang, Pengaluan

Nama sainstifik : Sphyraena jello

Nama Inggeris : Pickhandle barracuda, Banded barraacuda

Nama tempatan yang sah : Alu-alu belang

​Nama tempatan lain :  Alu-alu, Kacang-kacang

Nama sainstifik : Sphyraena putnamae

Nama Inggeris : Sawtooth barracuda, Chevron barraacuda

Nama tempatan yang sah : Alu-alu gigi gergaji

​Nama tempatan lain :  Alu-alu, Curut, Kacang lopek, Kacang merah, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Titil

Nama sainstifik : Sphyraena forsteri

Nama Inggeris : Bigeye barracuda, Forster's barraacuda

Nama tempatan yang sah : Kacang-kacang mata besar

​Nama tempatan lain :  Alu-alu, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Tenuk Titil​

Nama sainstifik : Sphyraena obtusata

Nama Inggeris : Obtuse barracuda, Forster's barraacuda

Nama tempatan yang sah : Kacang-kacang  dempak

​Nama tempatan lain :  Alu-alu, Curut, Kacang lopek, Kacang merah, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Tenuk, Titil

​Habitat : Demersal berhampiran terumbu karang

Lokaliti : Perairan pantai sehingga kedalaman 40 meter

Saiz : 20- 40 sm panjang keseluruhan​

Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Trawler, Hook & Line


Baca Selanjutnya...