Ikan Belanak (Crenimugil seheli) adalah ahli family Mugilidae yang terdapat di seluruh dunia di perairan bersuhu sederhana dan tropika, juga terdapat beberapa spesies di dalam air tawar. Ikan Belanak telah menjadi sumber makanan yang penting di Asia Tenggara. Bentuk ikan ini hampir menyerupai ikan susu, Milkfish
Ikan belanak secara umumnya berbentuk panjang dan langsing. Mulut di bahagian atas lebih tebal berbanding bahagian bawah. Ikan ini juga mempunyai gigi-gigi yang amat kecil, tetapi kadang-kadang ada juga spesies belanak yang tidak mempunyai sebarang gigi langsung.
Ikan Belanak juga dikenali dengan nama tempatan lain iaitu ikan Loban, Kedera, Tamuk, Kemurak termasuk dalam Famili MUGILIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah : -
Nama Sainstifik : Chelon planiceps
Nama Inggeris : Tade gray mullet
Nama tempatan yang sah : Belanak tade
Nama tempatan lain : Belanak, Belanak jempol, Belanak tamuk, Tamuk
Nama Sainstifik : Ellochelon vaigiensis
Nama Inggeris : Squaretail mullet
Nama tempatan yang sah : Belanak loban
Nama tempatan lain : Belanak, Belanak tamuk
Nama Sainstifik : Moolganda perusi
Nama Inggeris : Longfin mullet
Nama tempatan yang sah : Belanak sirip panjang
Nama tempatan lain : Kedera, Kemurak
Nama Sainstifik : Moolganda cunnesius
Nama Inggeris : Longam mullet
Nama tempatan yang sah : Kedera saya panjang
Nama tempatan lain : Anding, Belanak, Belanak anding, Belanak bakau, Kedera, Kemurak, Loban
Nama Sainstifik : Crenimugil buchanani
Nama Inggeris : Bluetail mullet
Nama tempatan yang sah : Kedera ekor biru
Nama tempatan lain : Belanak, Kedera
Habitat : Demersal
Lokaliti : Perairan murara hingga ke perairan pantai sehingga kedalaman 20 meter
Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Castnet, Trawler
Baca Selanjutnya...