Ikan senangin termasuk dalam Famili POLYNEMIDAE dan mempunyai nama tempatan lain antaranya ikan Kurau, Manchong. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah : -
Nama Sainstifik : Eleutheronema tetradactylum
Nama Inggeris : Fourfinger threadfin
Nama tempatan yang sah : Senangin rambut empat
Nama tempatan lain : Gubal, Kurau janggut, Kurau pipih, Manchong, Senangin
Nama Sainstifik : Polydactylus plebeius
Nama Inggeris : Striped threadfin
Nama tempatan yang sah : Kurau jalur
Nama tempatan lain : Senangin, Senangin buih
Nama Sainstifik : Leptomelanosoma indicum
Nama Inggeris : Indian threadfin
Nama tempatan yang sah : Manchong
Nama tempatan lain : Manchong, Senangin
Nama Sainstifik : Polydactylus luparensis
Nama Inggeris : Sarawak giant threadfin
Nama tempatan yang sah : Gemian
Nama tempatan lain : Senangin, Manchong
Nama Sainstifik : Filamanus xanthonema
Nama Inggeris : Yellothread threadfin
Nama tempatan yang sah : Senangin buih kuning
Nama tempatan lain : Senangin buis
Nama Sainstifik : Polydactylus sextarius
Nama Inggeris : Blackspot threadfin
Nama tempatan yang sah : Senangin buih tanda
Nama tempatan lain : Kurau pipih, Leluh tanah, senangin buih
Nama Sainstifik : Polynemus melanochir
Nama Inggeris : Blackhand paradisefsih
Nama tempatan yang sah : Senangin-bulu sirip hitam
Nama tempatan lain : Ikan bulu, Kurau janggut
Habitat : Demersal dan pelagik (bergantung kepada spesies)
Lokaliti : Mendiami terutamanya di dasar tanah berlumpur dan berpasir dan kadang-kadang memasuki sungai (spesies demersal)
Perairan pantai yang cetek sehingga kedalaman 40 - 50 meter (spesies pelagik)
Tangkapan : Menggunakan Seine. Gillnet, Trawler, Trap, Hook & Line