​Ikan ini biasa dijumpai di sepanjang pantai, terutamanya di sekitar muara sungai. Di kawasan muara Sungai Mekong, selalu juga dijumpai di kawasan muara sungai terutama semasa air pasang. Memakan invertebrata dan ikan kecil. Ikan ini merupakan salah satu sumber ikan makanan yang penting terutamanya di kawasan Asia Tenggara. Biasanya dipasarkan secara segar di pasara-pasar. Ikan ini mampu mencapai panjang sehingga 45 cm, dan kebiasaannya mencapai panjang sehingga 30 cm. Ikan ini dijual dengan harga sekitar RM 7 hingga RM 8 sekilogram. Pendaratan tahunan adalah sekitar 19,000 tan dan paling banyak didaratkan di Kedah dan Selangor​

Ikan Duri termasuk dalam Famili ARIIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah : -

Nama Sainstifik : Netuma thalassina

Nama Inggeris : Giantsea catfish

Nama tempatan yang sah : Duri jahan

Nama tempatan lain : Ikan jan, Jahan

Nama Sainstifik : Arius arius

Nama Inggeris : Threadfin sea catfish

Nama tempatan yang sah : Duri filamen

Nama tempatan lain : Lundu

Nama Sainstifik : Arius maculatus

Nama Inggeris : Spoted catfish

Nama tempatan yang sah : Duri tompok

Nama tempatan lain : Bedukang, Blotan, Duri, Gagok, Jahan, Lundu, Mayomg, Otek

Nama Sainstifik : Cryptarius truncatus

Nama Inggeris : Spoonsnouted catfish

Nama tempatan yang sah : Duri lala

Nama tempatan lain : Bedukang, ​uri, Gagok, Lundu

Nama Sainstifik : Plicofollis  argyropleuron

Nama Inggeris : Longsnouted catfish

Nama tempatan yang sah : Duri muncung panjang

Nama tempatan lain : Duri, Lundu, Pedukang

Nama Sainstifik : Plicofollis  polystaphylodon

Nama Inggeris : Sharpshielded sea catfish

Nama tempatan yang sah : Duri lundu

Nama tempatan lain : Duri, Lundu, Otek, Pulutan

Nama Sainstifik : Sciades sona

Nama Inggeris : Sona sea catfish

Nama tempatan yang sah : Duri sona

Nama tempatan lain : Duri, Lundu, Otek, Pulutan

Nama Sainstifik : Hexanematichthys sagor

Nama Inggeris : Sagor sea catfish

Nama tempatan yang sah : Duri pedukang

Nama tempatan lain : Bedukang, Blotan, Blukang, Otek, Pulutan

Nama Sainstifik : Nemapteryx caelata

Nama Inggeris : Thickspinned catfish

Nama tempatan yang sah : Duri lorek

Nama tempatan lain : Duri

Nama Sainstifik : Batrachochepalus mino

Nama Inggeris : Beardless sea catfish

Nama tempatan yang sah : Duri mino

Nama tempatan lain : Duri, Lundu, Pedukang,

Nama Sainstifik : Ketengus typus

Nama Inggeris : Largemouthed catfish

Nama tempatan yang sah : Duri kuning

Nama tempatan lain : Duri, Lundu

Nama Sainstifik : Osteogeneiosus

Nama Inggeris : Soldier catfish

Nama tempatan yang sah : Duri muncung

Nama tempatan lain : Duri, Lundu

​Nama tempatan lain : Duri, Lundu, Pedukang

Habitat : Demersal berhampiran terumbu karang

​Lokaliti : Muara sungai ke perairan pantai sehingga kedalaman 100 meter 

Saiz : 25 - 70 sm panjang keseluruhan.

Tangkapan : Menggunakan Trawler, Trap, Gillnet Hook & Line​​​​