Ikan Cermin atau Sagai atau Cupak adalah spesies ikan kawasan pantai yang besar dari famili Carangidae. Spesies ini boleh dijumpai di perairan Lautan Pasifik, dari Afrika timur ke India, Asia, Indonesia dan Australia. Ikan dewasa cenderung untuk menduduki kawasan perairan pantai di atas terumbu, hingga ke kedalaman 100 m, sementara juvenile cenderung untuk menduduki di pelbagai persekitaran termasuk di muara dan kawasan yang banyak rumput laut. Ikan Cermin terkenal dengan lengkok yang ketara di bahagian dahi atau kepala. Ia adalah spesies yang besar, boleh membesar sehingga 165 cm dan berat 25 kg. Spesies ini bersifat karnivor, dan memakan perlbagai jenis ikan, cephalopoda dan krustasea.
Ikan Cupak juga dikenali sebagai ikan Sagai, Cermin, Rambai, Ebek, Mudok terdiri dari famili CARANGIDAE. Spesies yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah:
Nama sainstifik : Alectis ciliaris
Nama Inggeris : African popano
Nama tempatan yang sah : Rambai Ebek
Nama tempatan lain : Cermin, Ebek, Rambai, Landeh
Nama sainstifik : Alectis indica
Nama Inggeris : Diamond trevally
Nama tempatan yang sah : Rambai Sagai
Nama tempatan lain : Cermin, Cupak, Ebek, Putih, Rambai, Landeh, Sagai
Nama sainstifik : Carangoides praeustus
Nama Inggeris : Brownback trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok abu-abu
Nama tempatan lain : Cupak, Mudok, Putih, Selar, Selar abu-abu
Nama sainstifik : Carangoides malabaricus
Nama Inggeris : Malabar trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok cermin
Nama tempatan lain : Cermin, Cupak, Putih, Rambai, Sagai
Nama sainstifik : Carangoides caeruleopinnatus
Nama Inggeris : Coastal trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok cupak
Nama tempatan lain : Cermin, Cupak, Putih, Rambai
Nama sainstifik : Carangoides talamparoides
Nama Inggeris : Imposter trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok rambai
Nama tempatan lain : Demudok
Nama sainstifik : Carangoides armatus
Nama Inggeris : Longfin trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok putih
Nama tempatan lain : Betek, Cermin, Demudok, Putih, Rambai, Sagai
Nama sainstifik : Carangoides hedlandensis
Nama Inggeris : Bumpnose trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok lekuk
Nama tempatan lain : Cermin, Demudok, Putih
Nama sainstifik : Carangoides equula
Nama Inggeris : Whitefin trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok sirip putih
Nama tempatan lain : Putih, Rambai
Nama sainstifik : Carangoides chrysophrys
Nama Inggeris : Longnosek trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok muncung
Nama tempatan lain : Cermin, Putih, Rambai, Sagai
Nama sainstifik : Carangoides gymnostethus
Nama Inggeris : Bludger
Nama tempatan yang sah : Demudok nyior-nyior
Nama tempatan lain : Demudok, Jeemudok, Lemuduk, Mudok, Nyior-nyior
Habitat : Demersal
Lokaliti : Terumbu karang, perairan pantai sehingga kedalaman 50 meter
Saiz : 40 - 50 sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Trawler, Trap