Aruan Tasek adalah spesies ikan laut dari order perciformes, satu-satunya wakil genus Rachycentron dan keluarga Rachycentridae. Nama umum lain termasuk Black King, Black Salmon, lemonfish, crabeater, dan bonito hitam.

Mampu mencapai panjang maksimum 2 meter dan berat maksimum 78 kg, Haruan Tasek mempunyai badan berbentuk panjang dan kepala yang rata. Mata kecil dan mulut rahang bawah sedikit melepasi bahagian atas. Gigi yang seragam merangkumi rahang, lidah, dan bumbung mulut. Badan bersisik kecil tapi licin. Biasanya berwarna coklat gelap, dan semakin memutih ke bahagian perut dengan dua jalur mendatar coklat gelap di tepi. Jalur tersebut lebih menonjol semasa pengeluaran telur, di mana warna menjadi lebih gelap.​

Ikan Aruan tasik  termasuk dalam Famili RACHYCENTRIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-

Nama sainstifik : Rachycenton canadium

Nama Inggeris : Cobia, Black kingfish

Nama tempatan yang sah : Aruan tasik

​Nama tempatan lain :  Gabus laut

Habitat : Demersal

​Lokaliti : Perairan pantai sehingga kedalaman 100 meter

Saiz : 70 - 100 sm panjang keseluruhan​​

Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Trawler, Troll line, Hook & Line

​​


Baca Selanjutnya...