‚ÄčIkan Bulus mempunyai bentuk badan yang padat dan memanjang. Sirip dorsalnya terdiri daripada 2 bahagian; Bahagian pertama terdiri sirip yang berduri, dan yang kedua terdiri daripada satu sirip duri yang ringan dan disokong oleh jalinan sirip yang lembut.

Ikan Bulus biasa dijumpai di kawasan pantai dengan kedalaman kurang dari 20 m. Ia lazimnya mendiami di kawasan pantai yang aktif dengan aktiviti manusia atau di kawasan pantai yang lebih terlindung di sepanjang sungai bakau. Spesies ini juga boleh didapati di kawasan muara sungai, dan kadang-kadang boleh didapati di kawasan air Tawar. Ikan Bulus tidak berhijrah atau bergerak ke kawasan pantai yang lain seperti yang dilakukan oleh beberapa ikan sillaginids yang lain‚Äč

Ikan Bebulus juga dikenali dengan nama tempatan lain sebagai ikan Bulus-bulus, Puntung, Kedondong-kedondong termasuk dalam Famili SILLAGINIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah : -

Nama Sainstifik : Sillago aeolus

Nama Inggeris : Oriental sillago

Nama tempatan yang sah : Puntung damar ubi

Nama tempatan lain : Bebulus, Bulus-bulus, Kedondong-kedondong, Puntung damar

Nama Sainstifik : Sillago sihama

Nama Inggeris : Silver sillago

Nama tempatan yang sah : Puntung damar perak

Nama tempatan lain : Bebulus, Bulus-bulus, Kedondong-kedondong, Puntung damar

Habitat : Demersal

Lokaliti : Perairan pantai yang cetek dengan kedalaman sehingga 40 meter

Saiz : 15 - 30 sm panjang keseluruhan.

Tangkapan : Menggunakan Seine, Trawler, Castnet, Gillnet, Hook & Line, Seine


Baca Selanjutnya...