​​​Ikan Batu juga dikenali sebagai ikan terumbu karang. Ia adalah ikan karnivor bersirip dan kebanyakan ikan batu mempunyai duri badan yang beracun yang bertindak sebagai sistem pertahanan diri dan boleh membunuh. Ia hidup di dasar laut berhampiran karang dan mempunyai rupa bentuk yang menyamai batu.​

Ikan Batu juga dikenali sebagai ikan Kerong termasuk dalam Famili TERAPONTIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah : -

Nama Sainstifik : Terapon theraps

Nama Inggeris : Largescaled terapon

Nama tempatan yang sah : Kerong batu

Nama tempatan lain : Bagat, Gendang-gendang, Ikan batu, Kerong-kerong​

Nama Sainstifik : Pelates quadrilineatus

Nama Inggeris : Fourlined terapon

Nama tempatan yang sah : Kerong empat jalur

Nama tempatan lain : Kerong-kerong

Nama Sainstifik : Terapon jarbua

Nama Inggeris : Jarbua terapon

​Nama tempatan yang sah : Kerong jalur

Nama tempatan lain : Bagat, Gendang-gendang, Kerong-kerong

Habitat : Demersal

Lokaliti : Di jumpai di bahagian dasar yang cetek dan berpasir, di sekitar muara sungai. Memasuki muara sungai dan sungai

Saiz : 15 - 50 sm panjang keseluruhan.

Tangkapan : Menggunakan Trawler, Hook & Line, Seine, Gillnet, Trap

Baca Selanjutnya...