Ikan Dengkis termasuk dalam Famili SIGANIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Nama sainstifik : Siganus argenteus
Nama Inggeris : Streamlined spinefoot
Nama tempatan yang sah : Dengkis Malaya
Nama tempatan lain : Belais, Belaris, Debam, Dengkis, Gelibas, Ketang, Ketang lada
Nama sainstifik : Siganus canaliculatus
Nama Inggeris : Whitespottes spinefoot
Nama tempatan yang sah : Dengkis bintik putih
Nama tempatan lain : Belais, Belaris, Debam, Dengkis, Gelibas, Ketang, Ketang lada
Nama sainstifik : Siganus javus
Nama Inggeris : Streaked spinefoot
Nama tempatan yang sah : Dengkis Jawa
Nama tempatan lain : Belais, Belaris, Belibas, Debam, Dengkis, Gelibas, Ketang, Ketang lada
Nama sainstifik : Siganus guttatus
Nama Inggeris : Orangespotted spinefoot
Nama tempatan yang sah : Dengkis tompok oren
Nama tempatan lain : Belais, Belaris, Belibas, Debam, Dengkis, Gelibas, Ketang, Ketang lada
Nama sainstifik : Siganus stellatus
Nama Inggeris : Brownspotted spinefoot
Nama tempatan yang sah : Dengkis tompok coklat
Nama tempatan lain : Belais, Belaris, Belibas, Debam, Dengkis, Gelibas, Ketang, Ketang lada
Nama sainstifik : Siganus corallinus
Nama Inggeris : Blue-spotted spinefoot
Nama tempatan yang sah : Dengkis bintik biru
Nama tempatan lain : Belais, Belaris, Belibas, Debam, Dengkis, Gelibas, Ketang, Ketang lada
Nama sainstifik : Siganus virgatus
Nama Inggeris : Barhead spinefoot
Nama tempatan yang sah : Dengkis kepala jalur
Nama tempatan lain : Belais, Belaris, Belibas, Debam, Dengkis, Gelibas, Ketang, Ketang lada
Nama sainstifik : Siganus puellus
Nama Inggeris : Masked spinefoot
Nama tempatan yang sah : Dengkis topeng
Nama tempatan lain : Belais, Belaris, Belibas, Debam, Dengkis, Gelibas, Ketang, Ketang lada
Habitat : Demersal
Lokaliti : Perairan pantai yang cetek, lagun payau dan kawasan berbatu atau terumbu karang
Saiz : 15 - 30 sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Trawler, Trap
Ikan dengkis dewasa menduduki kawasan terumbu karang, terumbu alga, muara dan di lagun-lagun besar yang mempunyai kandungan alga yang tinggi. Biasa juga dijumpai di kawasan yang berbatu. Terdapat juga beberapa spesies yang boleh hidup di perairan yang lebih keruh, seperti di muara sungai. Ikan dewasa juga boleh dijumpai beberapa kilometer di laut dalam. Ikan di peringkat juvenil membentuk kumpulan yang sangat besar di teluk dan terumbu karang yang cetek; dan saiz kumpulan akan semakin mengecil apabila ikan menjadi semakin dewasa. Ikan ini bersifat herbivor, memakan alga dasar laut dan sedikit sebanyak pada rumput laut. Selalunya ditangkap oleh pukat tunda, pukat jerut dan dalam perangkap ikan. Terdapat permintaan oleh orang ramai sebagai makanan laut yang digemari oleh sesetengah segmen masyarakat.. Ikan ini dijual dengan harga sekitar RM 8 hingga RM 10 sekilogram. Pendaratan tahunan adalah sekitar 1,400 tan dan paling banyak didaratkan di Sabah