Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Pages

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

Name

Title

Comments

Contact

Contact E-Mail Address

Contact Name

Contact Picture

Rollup Image

 

Target Audiences

No targeting

Hide physical URLs from search

Page Image

 

Page Content

​PENGENALAN

 

Pegaga [Centella asiatica (L) Urban] berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagaskar. Kemudian ia tersebar ke kawasan Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika limur, Hindia Barat, Amerika Selatan dan Australia. la didapati tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air (di persisiran sungai dan tali air). Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka, namun ada juga spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana.

Nama Botani                      :               Centella asiatica (L) Urban

Nama Lain                         :               Pennywort (Inggeris), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India)​

Famili                                 :               Umbelliferae


 

MORFOLOGI PEGAGA

 

Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruas daun. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis. Lebar daun antara 3 - 5 cm dan panjang tangkai daun boleh mencapai 15 cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman. Bunganya dalam jambak 3-4 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran 3 mm dan kelihatan seperti biji cili. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiatica, Merremia emarginata dan Hydrocotyle spp. Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Terdapat lebih daripada 15 kultivar di negara ini. Antara kultivar yang popular ialah pegaga Nyonya , pegaga Kampung (Embun) dan pegaga Salad. Pegaga Nyonya mempunyai sifat pertumbuhan yang berumpun dan tegak, tidak memerlukan teduhan, mempunyai hasil dan bahan aktif yang tinggi. Manakala pegaga Kampung (Embun) pula tumbuh menjalar, memerlukan sedikit naungan untuk pertumbuhan yang baik dan mempunyai hasil yang lebih rendah.

    

Baca Selanjutnya...

Summary Links

Byline

Article Date

Image Caption

Browser Title

Meta Description

Meta Keywords

Hide from Internet Search Engines

Page Content Taxonomy

Content Type: Article Page
Version:
Created at by
Last modified at by