​​​Baka Ayam Kampung

  1. Ayam Kampung Asli - Gallus domesticus
  2. Ayam Kampung Kacuk


 

Sistem Pengurusan Penternakan Ayam Kampung

i.    Sistem Intensif

Kebiasaannya dari jenis ayam berwarna dan jenis kacukan (jenis ayam kampung komersil). Reban adalah jenis lantai tinggi atau lantai rendah diperbuat daripada kayu ataupun simen. Ayam akan diberi makan secukupnya.

ii.    Sistem Lepas Dan Separa Intensif

Jenis ayam kampung tempatan dan kacukan diternak. Menggunakan jenis lantai bawah daripad kayu atau simen atau lantai sahaja.disediakan kayu untuk ayam bertenggek atau para. Selalunya tempat makan kering dan air minuman jenis sistem automatik atau sistem manual. Setiap reban mestilah berpagar.

iii.    Sistem Ternakan Tradisional

Ayam kampung tempatan  dimana reban berasingan untuk anak,ibu,dara,ayam dewasa. Ia perlukan kawasan untuk bertelur dan mengeram serta kawasan yang berpagar untuk menjamin keselamatan.​

Baca Selanjutnya...