Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer. Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina. Ikan Siakap memiliki isi putih, berkeping, sungguhpun ikan air tawar yang lebih besar biasanya memiliki banyak lemak badan. Ikan Siakap laut pula dikatakan sedap dimakan.Di Australia, Ikan Siakap merupakan ikan hidangan popular ("iconic") yang digemari di seluruh negara. Ia boleh dikatakan jenama khusus Australia. Namanya inggerisnya-"Barramundi" diambil dari nama untuk Ikan Siakap yang diberikan oleh masyarakat peribumi Australia. Bagaimanapun, permintaan bagi ikan ini amat tinggi di Australia sehinggakan sebahagian besar darinya diimport. Ini memberikan tekanan ekonomi besar pada pengeluar ikan Siakap Australia, bagi kedua-dua nelayan dan penternak kerana kos penghasilan tempatannya adalah jauh lebih tinggi kerana piwaian kawalan persekitaran dan keselamatan makanan yang dikenakan oleh kerajaan Australia. Sementara Pelebalan Negara Asal memberikan pengguna kepastian mengenai asal ikan Siakap pada peringkat retail, tidak ada syarat bagi perkhidmatan makanan dan pekedai restoran bagi meletakkan label asal ikan Siakap mereka. Dengan itu, pelanggan menganggap mereka makan ikan Siakap yang ditangkap atau diternak di perairan Australia, namun sebenarnya mereka berkemungkinan besar dihidangkan ikan Siakap yang diimport kerana harganya yang jauh lebih rendah
Baca Selanjutnya...