WhatsApp Image 2020-01-28 at 11.02.13 AM.jpeg​​​Ikan Jenahak adalah sejenis ikan boleh dimakan dari keluarga Lutjanidae, order Perciformes yang terdiri daripada beberapa spesies. Ia boleh diketemukan di lautan bebas, namun terdapat juga beberapa spesies yang hidup di estuari, kawasan hutan paya bakau dan muara. Ikan jenahak biasanya mencari makan di kawasan zon air tawar. Ikan jenahak merupakan spesies ikan penting bagi komoditi dan merupakan makanan hasil laut pilihan bagi rakyat di Malaysia, Indonesia, malah juga India. Ikan Jenahak Merah adalah contoh variasi yang menjadi pilihan utama.

Ikan jenahak boleh hidup sihat dan berenang bebas dikawasan laut beriklim tropika dan sub-tropika. panjangnya boleh mencecah 1 meter, beratnya pula boleh mencecah hingga 13 kilogram dan boleh dijinakkan dengan menggunakan umpan anak ikan termasuk anak gelama, sotong, isi ketam dan perumpun. Perambut yang sesuai digunakan adalah 20 hingga 40 paun berikutan sentapannya yang dianggap kuat. Ikan ini sesuai dibesarkan dalam tangki akurium besar seperti di akuaria, namun tumbesarannya cukup cepat. Kedalaman maksimum untuk ia menetap sehingga 450 m (1,480 ft).

Setakat ini terdapat lebih 100 spesies ikan jenahak yang diketahui, dimana dibahagikan kepada 16 genera. Nama biasa untuk spesies terbesar ini ialah "jenahak" atau "snapper" dalam bahasa Inggeris, tetapi bukan semuanya dalam keluarga Lutjanidae. Hampir kesemua 60 spesies dalam genus Lutjanus memakai nama biasa dengan panggilan "ikan jenahak".​

Baca Selanj​utnya...